Friday, April 19, 2019

Cara Basuh Set Comforter DAG HOME


CARA MEMBASUH SET COMFORTER DI RUMAH

Kalau you guys nak tau, set comforter DAG Home yang diimport khas dari luar negara tu pun dah sampai ke HQ semalam. Kami semua excited bila lihat lori kontena yang berisi beratus set comforter tu muncul di depan, siap buat Live di Facebook untuk tunjuk kepada semua pelanggan kami yang produk DAG ni semuanya berkualiti dan packaging pun kemas dan rapi.
Untuk pengetahuan semua, kami ada 4 set in total dengan warna-warna berlainan. Ni adalah gambar sebagai rujukan buat mereka yang ingin memiliki set comforter kegilaan ramai.

Jadi, bila sembang tentang set comforter ini, ramai juga yang bertanya tentang teknik basuh comfoter yang betul. Adakah comforter ni perlukan special care, dimana kita kena hantar ke dobi? Jawapannya, tidak. Anda boleh sahaja basuh di rumah tapi kalau nak lebih senang dan cepat kering boleh basuh di dobi layan diri. 

Jom ikuti langkah-langkah mudah di bawah

LANGKAH 1


Masuk je washing machine seperti biasa. Kalau nak wangi, jangan lupa letak softener yee.


LANGKAH 2


Lepastu bila dah habis basuh tu. Kita campak ke dalam dryer pula


LANGKAH 3


Sambil tunggu tu, kita relax-relax dulu. Takmo stress-stress

LANGKAH 4


Aaaand~ Tadaaaa! Dah siap dahhh. See? Mudah kan nak basuh set comforter DAG Home ni.



Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG


Tuesday, April 2, 2019

PERISTIWA HITAM: PARANG DIACU DILEHER


Selalu hanya dengar di radio dan kaca tv sahaja kejadian yang mengerikan seperti ini. Siapa sangka menimpa keluarga sendiri. Pada masa ini semua ahli keluarga ada dirumah kecuali saya.

Kejadian ini diceritakan kembali oleh ahli keluarga. Pada masa itu sudah jam 4 pagi. Tiba-tiba umi dan ayah terdengar bunyi letupan kuat menghentam pintu. Lalu 2 orang lelaki bersenjata parang panjang masuk ke dalam bilik tidur umi dan ayah.

Kemudian perompak pergi ke bilik kakak sulung dan abg ipar di depan. Masa ini kakak tengah sarat mengandung anak pertama. Kakak kedua pula bersendirian di bilik. Kesemua mereka diacukan parang panjang. Diikat tangan dan ditutup mata.
Hanya bilik saya sahaja yang tidak dimasuki kerana tiada berpenghuni. Walaupun sebenarnya ada beberapa ratus wang simpanan di bilik.


Mereka kemudian dikumpulkan di dalam satu bilik dan diminta memberi semua wang, barang kemas dan harta beharga. Pada saat ini nyawa pastinya lebih berharga berbanding harta.

Kerugian pastinya mencecah ribuan ringgit. Tapi alhamdulillah semua keluarga saya selamat. Inilah ujian dari Allah untuk hamba yang dikasihiNya.

Pastinya ini antara peristiwa hitam yang tidak dapat dilupakan dan menjadi trauma buat semua yang terlobat.

Semoga Allah lindungi dan pelihara kita dariada anasir-anasir jahat.
Allahumma ameen


Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG


Monday, April 1, 2019

RUGI TAK CUBA MAKANAN KELANTAN NI TAU

Kelantan ni dah boleh dianggap sebagai salah satu syurga makanan. Banyak makanan unik, sedap dan murah-murah je.
Ini 5 makanan kelantan yang abam pattah ameen tak boleh lupa dan wajib makan bila dah sampai kelantan ni.


1. Laksam Kelantan

Laksam atau lakse ini adalah antara  makanan terkenal di kelantan. Laksam diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Bila balik kelantan ni teringat laksam air tangan tokma. Yummy😋


2. Ayam percik kelantan

Ayam Percik Kelantan memang punya reputasinya yang tersendiri kerana berbeza daripada negeri lain. rasa makanan ini pula sangat lazat dan menyelerakan. Ayam percik kelantan ini boleh dipilih dalam 2 versi. Satu kuab berwarna putih dan satu lagi kuah bewarna kemerahan. Boleh laa pilih warna yang anda suka. Bazar Ramadan nanti komfirm penuh ayam percik ni.


3. Nasi Kerabu Daging Bakar

Nasi kerabu memang sinonim dengan negeri cik siti wan kembang ini. Kalau datang kelantan wajib cuba nasi kerabu kelantan.Nasi kerabu ni best kalau makan dengan daging bakar atau ayam bakar  Abam pattah ameen suka nasi kerabu daging bakar yang lat Kadok tu. Kalau lambat je memang selamat laa beratur panjang.


4. Putu Halba

Putu halba ubi kayu ini mungkin jarang didengari oleh sesetengah golongan tetapi makanan ini sangat terkenal di negeri Kelantan terutamanya pada musim hujan. Masuk sahaja musim banjir, satu menu paling terkenal adalah makanan ini. Di mana-mana sahaja terutama di tepi jalan wujud kedai putu halba segera. Abam pattah ameen pon baru beberapa kali je makan. Tu pon orang lain yang mengidam, kita yang terjebak kena beratur. Haha



5. Gulai Kambing 

Rasa kalau balik kelantan mesti tiap-tiap hari makan gulai kambing. Rasa sedap hingga tertambah 2-3 kali nasi. Haha.


sape-sape yang singgah pasir mas kelantan mai laa singgah kedai ni. Kari kambing dia memang perggghhhh. Kalau nak makan free, roger2 laaa. Nanti mai je rumah. Abam pattah ameen tiap2 hari makan free je sebab ni kedai mertua abam pattah ameen. Haha


Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG