Sunday, March 31, 2019

Mengapa Sukar Memaafkan



"Kata-kata ini ditulis pada 16 October 2013 jam 6.30 pm semasa menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam bidang mechatronic engineering"

"Kata-kata ini lahir dari hati saat dirundung resah, amarah, kecewa dan segala jenis rasa yang membuak-buak"

 "Wahai jiwa yang tenang. Pulanglah kepada Tuhan..."

Hayatilah....

[Mengapa Sukar Memaafkan]

Berat hati menerima maaf,
Egoku dihenyak,
Hatiku dipukul,
Amarahku ditekan,
Mampukah aku untuk memaafkan,
Tika aku punya kuasa untuk membalas.

Terdetik seketika dibenakku,
Aku hanya insan biasa,
Kenapa perlu bersifat murka,
Bukankan itu tugas Tuhan yang Esa.
Sedangkan aku hanya insan berdosa.

Sudah acap kali dia mengulangi kesalahan yang sama,
Menjadi alasan konkrit untuk aku tidak memaafkan,
Bukankah kecil sahaja salahnya padaku,
Sedangkan dosa seluas lautan pun diampun Tuhan,
Ya, cukup sukar untuk memaafkan,
Tapi, Allah?

Ya  Allah,
Rendahkanlah egoku,
Sejukkanlah hatiku,
Leraikanlah amarahku,
Kini, tiada lagi alasan untuk aku tidak memaafkan,
Belajarlah memaafkan untuk turut dimaafkan.

Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG



Saturday, March 30, 2019

LIST YANG ANDA PERLU BUAT BILA DAH DAPAT GAJI


Company abam pattah ameen dah bagi gaji semalam. Sekarang ni kira musim gaji laa. Penjawat awam lagi awal dapat gaji. Maka penuhlah pasaraya dengan manusia.

Bila musim gaji ni mula laa kita nak beli pelbagai benda. Sedangkan kita lupa nak bahagikan gaji kita kepada perkara yang WAJIB untuk kita tunaikan.

Antara yang mesti masuk dalam list pembahagian gaji kita adalah bayar hutang, bil2 rumah, duit poket isteri dan mak ayah, simpanan masa depan dan sedekah.

Biasanya yang lain-lain ni kita ingat nak buat. Tapi yang satu ni liat betul nak selesaikan.

#HUTANG

Hutang ni WAJIB letak no satu untuk kita selesaikan. Lepas dapat gaji kena allocate sikit untuk hutang yang kita ada. Bayar laa sikit2. Lama2 selesai laa. Tak perlu bayar semua. Yang penting bayar. Ni tak, ramai pulak yang buat buat hilang ingatan bila benda berkaitan hutang.

Jangan nanti kata duit cukup2 makan je. Tak cukup nak bayar hutang. Rupa-rupanya asbab tak selesaikan hutang ni laa rezeki kita makin sempit. Sebab tak bayar hutang ni kita rasa tak cukup. Mula laa nak buat hutang baru.

Jangan ambik remeh bila berhutang dengan orang. Jangan Rasa belum cukup duit nak bayar. Perlu ada inisiatif nak tambah pendapatan lain. Hati memang tak akan tenang selagi ada hutang.

Bila kita berhutang ni, kita dah aniaya orang lain. Orang tu mungkin terdesak nak pakai duit jugak. Kita pulak asyik tangguh je nak bayar. Buat diam je. Si pemiutang pulak terhegeh hegeh nak kena mintak.

Lagi nak marah orang yang seronok shopping sana sini untuk family. Pergi makan besar. Pergi melancong dengan kawan-kawan. Padahal hutang masih bertimbun.

Ingat, doa orang yang dianiaya ni makbul. Kalau dia tak sengaja doa kau bankrap macam mana? Nauzubillah.

Malam nanti sebelum tidur, cuba muhasabah diri. List balik senarai orang yang kita pernah hutang. Buat plan macam mana nak selesaikan hutang dia. Kita tak tahu mungkin esok lusa Allah cabut nyawa kita. Sedangkan kita masih penuh dengan hutang.

Semoga Allah jauhkan kita dari sifat ini.

Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG

Friday, March 29, 2019

SCAMMER


Fuhhhh. Panas hari ni tengok perbincangan analisis TV alHijarah. Memang satu topik yang sangat menarik untuk dibincangkan.

Banyak dah dengar cerita pasal scammer ni. Termasuk laa skim2 Cepat kaya yang too good to be truth. Anda pernah terjebak?

Makin lama, scammers ini semakin bijak dalam merancang modus operandi untuk menipu pengguna. Jutaan terima kasih kepada pejuang-pejuang anti scam macam KEY dan Tuan Afyan Mat Rawi yang banyak menyedarkan masyarakat untuk lebih berhati hati dengan scammers ini.

Zaman belajar dulu abam pattah ameen pon ada terjebak dengan satu skim. Nama dia Score A. Haha. Memang modus operandi dia untuk cari pelajar-pelajar Universiti untuk kaut keuntungan. Lepas tu hilang sekelip mata. Orang yang dah join pon kelabu asap je mata.

Next hampir terjoin skim emas. Masa tu dah lock nak labur 10K. Tiba-tiba cancel sbb nak kena guna duit buat benda lain. Tapi tengok kawan2 lain yang dah "terlabur" dalam skim emas ni beribu ribu. Akhirnya sampai sekarang tak dapat ganti rugi. Bukan je untung tak dapat. Emas yang dibeli pon tak tau simpan kat mana.

Ada jugak scam yang guna nama tempat suci mekah. Kononnya kita melabur di hotel di mekah. Tapi lokasinya di mana pon kita tak tahu. Sangat-sangat meragukan.

Kes Alfafa ni pon dah berlanjutan dari tahun ke tahun. Sampai sekarang tiada kesudahan. Tiada bukti rumah sudah siap. Lokasi tanah pon dirahsiakan. Terlalu meragukan.

Tiada niat kita nak menabur fitnah. Tapi sebagai pengguna, bijaklah berfikir sebelum bertindak. Tinggalkanlah perkara yang meragukan sebelum anda jadi mangsa seterusnya.

Last sekali diserang scammer, kita scam dia balik. Haha. Post kali ini ditutup dengan ulang tayang kisah scammer discam. Semoga terhibur. LOL











Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG

Thursday, March 28, 2019

AKU PENIAGA JALANAN 2


Untuk kali ini abam pattah ameen nak cerita pengalaman jual kerepek semasa kat UIA dulu. Otak-otak memang jalan. Kerepek pon jalan. Haha

Masa ni buat kecik2 je. Beli laa sepaket 5 kg. Lepas tu kita packing kecik2. Awal2, memang buat sendiri. Penat jugak. Last2 jumpa juga part time nak packing. Ambik dah siap packing je.

Sealer ni wajib ada. Tak beli pon. Pinjam mak kat rumah. Lepas tu tak cukup 1, pergi pau kawan punya yang macam dah tak guna je. So boleh packing 2 orang. Cepat sikit siap. Hehe

Habis packing kita letak je tepi tangga. Biasa jual Rm1 sepaket. Budak2 Universiti ni tak kira masa lapar. Nampak ada kerepek rm1 mesti laku kerass punya.

Tapi biasalaa. Barang letak macam tu je. Sedia tabung. Kadang2 ada yang ambik tak bayar. Ada yang terlupa nak bayar. Ada yang buat2 lupa nak bayar. Hehe.

Start satu block asrama dulu. Lepas tu try semua blok. Sebab tak menang tangan. Upah sorang lagi bahagian operasi tolong kutip duit dan tolong topup kerepek kalau dah kosong.

Next tambah jajahan ke asrama lain pulak. Mengenang kisah zaman ni, tak laa untg banyak. Tapi alhamdulillah laa, dapat duit poket tambahan.

Rindu pulak zaman tu. Hihi. Ada yang sama pengalaman ke?

Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG

Wednesday, March 27, 2019

5 JENAMA PALING BERNILAI DI DUNIA 2019


Jenama teknologi masih lagi mendominasi carta 5 teratas untuk jenama paling bernilai tahun ini. Jom kita Bersama-sama soroti dan berkenalan lebih lanjut dengan jenama-jenama besar yang terus unggul di mata dunia ini.


1. APPLE INC. :$182,8 BILLIONS

Apple masih lagi terus unggul sebagai jenama paling unggul di duna hari ini dengan anggaran nilaian sebanyak $182,8 Billion. Syarikat ini telah ditubuhkanpada 1 Apil 1976 oleh trio  Steve Wozniak, Ronald Wayne dan Steve Job.



2. GOOGLE : $132,1 BILLIONS

Google merupakan rangkaian carian terbesar di internet. Pakar menganggarkan nilai Google kini mencecah $132,1 Billion yang menjadikannya jenama kedua terbesar di dunia. Terima kasih kepada enjin cariannya yang canggih, pencipta perkhidmatan itu berjaya melaksanakan salah satu agregat pengiklanan yang paling berkuasa di Internet yang menjana pendapatan terbesar bagi syarikat Google.





3. MICROSOFT : $104,9 BILLIONS

Microsoft Corporation yang terkenal di peringkat antarabangsa telah ditubuhkan pada tahun 1975 oleh Bill Gates, yang merupakan orang terkaya di dunia sekarang ini. Pada masa itu, Microsoft adalah pemaju perisian pertama yang mencadangkan menggunakan perisian untuk komputer rumah dengan itu menjadikan pengalaman PC mesra pengguna. Hari ini Microsoft adalah salah satu syarikat terkemuka dalam pasaran perisian PC,




4. FACEBOOK : $94,8 BILLIONS

Facebook telah dibangunkan oleh Mark Zuckerberg pada bulan Februari 2004. Rangkaian sosial Facebook kini dikunjungi oleh lebih daripada 1.86 bilion orang setiap hari.  Hari ini Facebook menghasilkan lebih daripada $ 8 bilion keuntungan bersih tahunan untuk pengiklanan dalam talian. Selain itu, syarikat itu adalah peneraju senarai TOP 10 ini dari segi keuntungan, memandangkan keuntungan bersihnya meningkat sebanyak 54% dalam tahun lalu sahaja





5. AMAZON : 70,9 BILLIONS

Amazon adalah syarikat runcit terbesar Amerika yang menjual dan menyampaikan pelbagai barangan melalui Internet. Pengguna internet, pembekal, dan pengeluar boleh menjual apa-apa barangan dengan menggunakan laman web Amazon sebagai tempat jualan dalam talian. Populariti perkhidmatan Amazon melonjak hasil daripada barangan berkualiti tinggi, harga yang rendah, penghantaran yang cepat serta kepelbagaian jenis barang yang boleh diperoleh.


Jenama di tangga ke 6 - 10 bagi jenama paling bernilai 2019 adalah seperti berikut:

6. COCA-COLA

7. SAMSUNG

8. DISNEY

9. TOYOTA

10. MCD


Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG




Tuesday, March 26, 2019

Mengimbau Kenangan Kanak-Kanak Generasi 90-an

Mengimbau kembali kenangan zaman sekolah rendah dulu sangat berbeza berbanding zaman sekarang. Walaupun tanpa tab mahupun smart phone, zaman kanak-kanak dahulu tetap meriah. Ada ke yang rindu zaman 90-an dulu?

Ini antara aktiviti yang abam pattah ameen selalu buat kat sekolah semasa zaman kanak-kanak dulu.

1. Lawan Pemadam



Lawan Pemadam ini antara permainan yang popular zaman sekolah rendah dulu. Siapa yang menang akan rampas pemadam lawan. Abam pattah ameen memang banyak laa stok pemadam ni. Bila ke kedai buku di sekolah, pasti pemadam ini habis dan tiada stok kerana budak-budak sibuk main lawan pemadam ini. Pemadam ini memang sesuai digunakan kerana ia murah dan rata permukaannya. Agaknya, budak zaman sekarang main lagi ke tidak akan permainan nostalgia ini. 


2. Main Tiang


Tak tau laa apa yang best sangat main tiang ni. Tapi kalau waktu rehat je mesti ramai yang conquer tiang-tiang kat sekolah tu nak main game ni. Abam pattah ameen pon join laa sekali. Anak-anak korang tau ke apa tu main tiang?


3. Main penutup botol



Permainan ni pon antara yang legend zaman dulu. Pantang ada waktu senggang kat kelas, mesti nak main penutup botol ni. Ada jugak yang panggil permainan ni ceper. Rajin gile Budak-Budak zaman dulu kumpul penutup botol ni nak buat main. Takyah main benda mahal-mahal, penutup botol pon jadi laa. Barang murah Ni pon laa barang yang kerap cikgu rampas. haha


Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG

Monday, March 25, 2019

7 RAHSIA KENAPA ORANG TAK BOLEH HIDUP TANPA BANTAL BUSUK

Fizikalnya buruk, busuk pula tu. Namun, bagi sesetengah kanak-kanak (mahupun remaja ataupun dewasa), bantal ini memang teman setia mereka sejak kecil. Korang ada bantal busuk tak?

Objek ini memang tidak dapat dipisahkan kalau sejak kecil dah terbiasa dengan bantal busuk ini. Memang sukar dipisahkan! Pasti akan dibawa ke mana sahaja.

Bantal busuk ini bukan sekadar bantal, malah berbentuk anak patung ataupun kain. Kalau hilang, memang tak boleh tidur malam. Merengek sebab tak dapat peneman tidur. Bau dan rupa bantal tersebut membuatkan mereka selesa menjadikannya sebagai peneman tidur.

Tambahan lagi buat kanak-kanak, mereka akan terdedah kepada kuman dan bakteria akibat daripada tabiat memeluk dan mencium bantal yang tidak dicuci. Ini akan menyebabkan kanak-kanak akan sering jatuh sakit.

Tapi, awas! Kalau tak dipisahkan bantal busuk ini dengan pemiliknya sejak awal, bimbang akan terbawa-bawa hingga meningkat remaja dan dewasa. Memiliki bantal busuk ini bukan atas faktor genetik, cuma tabiat biasa dari kecil. Jadi, bukanlah masalah yang terlalu besar untuk kita memisahkan diri daripada bantal busuk ini.

Nak tahu kenapa bantal busuk ini sangat penting buat seseorang? Baca 7 fakta ini. Semoga anda lebih memahami mengapa seseorang amat sayangkan bantal busuknya.

#Fakta1

Bantal busuk ini hanya ‘busuk’ pada orang lain, tapi amat menyenangkan pada si tuan empunya bantal tu.

#Fakta2

Bantal busuk ni ada pelbagai saiz dan warna, tapi lama-kelamaan akan mengecut dan menipis juga. Warna pun lebih kurang sama saja kusamnya. Hehehe...

#Fakta3

Bantal tu tak dicuci ataupun jarang dibersihkan. Bau tu yang penting bagi pemilik bantal busuk. Tapi ada juga yang cuci bantal busuk tu. Janji nampak rupa bantal tu. Kalau yang tahap lejen tu, memang tak cucilah. Bau dia? Usah ceritalah...menyengat!

#Fakta4

Tuan empunya bantal tu susah nak tidur kalau tak ada bantal busuk. Ibarat ‘baby’ tak dapat susu sebelum tidur.

#Fakta5

Kalau nak tengok tuan empunya bantal busuk tu mengamuk sakan, cubalah sorok atau pakai bantal busuk dia tu. Mahu dia menangis kat bucu katil!

#Fakta6

Kalau bercuti atau balik kampung, wajib bawa sama bantal busuk tu. Kalau tertinggal, sanggup patah balik walau dah lalu banyak tol.

#Fakta7

Katakanlah bantal tu tertinggal, boleh tahan sehari dua je. Lepas tu, dia mulalah tak senang duduk. Serba-serbi tak kena, asyik terkenang bantal busuk.

Tetapi AWAS. Bantal busuk yang lama tidak ditukar mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang boleh memudaratkan diri anda. 

Jadi untuk memastikan diri anda sihat dan jauh daripada penyakit yang memudaratkan, pastikan anda menukar bantal anda sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. 

Tau tau nak pilih bantal apa? Jom la try bantal Hotel DAG😉



Artikel oleh: GPS Bestari

Fadhli Amin

Writer | Engineer | Teacher | Master Leader DAG

Sunday, March 24, 2019

WAKTU REHAT DI OFFICE PENDEK? ANDA WAJIB CUBA 6 JENIS BANTAL INI

Umumnya pada waktu pagi, ramai yang akan menggunakan minuman berkafien seperti kopi untuk meningkatkan kecergasan dan fungsi tubuh. Namun tak semua orang mendapat kesan terbaik daripada kopi. Keadaan ini membuatkan badan memerlukan waktu rehat tambahan bila ada masa terluang. Ini cadangan 5 jenis bantal yang patut anda cuba.

1. King Eyes Mask Napping

Berfungsi sebagai bantal 2 dalam 1, King Eyes Mask Napping boleh digunakan pada kedua-dua belah bantal untuk pelbagai posisi tidur yang lebih selesa biarpun secara duduk mahupun menelangkup muka. Ia berupaya menyokong bahagian leher, belakang kepala dan mata anda

2. Ostrich Pillow

Terdapat empat jenis rekaan versatile termasuklah Light, Mini, Go dan Original. Ostrich Pillow yang asli memiliki reka bentuk menyeluruh yang mungkin nampak lucu kerana berupa kepala makhluk asing, namun jika waktu rehat anda pendek, ia mungkin pilihan yang tepat!

3. NapAnywhere

Bantal leher yang dijual di kedai biasanya terlalu kembung membuatkan bahagian belakang leher jadi tidak selesa ketika bersandar. Oleh itu penyokong leher NapAnywhere ini dicipta untuk beri lebih keselesaan bahkan, boleh dilaras mengikut bentuk rahang dan bahu seseorang. Tali yang disilang pada badan pula menghalang pergerakan penyokong leher ini selama anda dibuai tidur yang lena.

4. The Trtl

Disebut sebagai “The Turtle”, bantal tidur ini mempunyai rangka menampung bahagian leher dan bahu pengguna. Boleh dilaras ikut keselesaan. Apa yang anda perlu cuma membalut ia di keliling leher seperti skarf. Bantal ini boleh dilipat dan digunakan apabila kamu terdesak untuk tidur dalam posisi duduk.

5. The FaceCradle

FaceCradle ini tak banyak beza dengan bantal leher yang lain. Namun istimewanya, FaceCradle boleh dimanfaat dalam lima cara dan sesuai untuk dimanfaatkan dalam penerbangan kerana boleh disangkut pada tempat duduk pesawat sebagai sokongan.

6. Bantal Boudiour DAG


Bantal Boudior DAG ni sangat ringan dan portable. Sesuai untuk dibawa travel ataupun letak di office. Semasa bekerja, boleh diletakkan di belakang badan sebagai support belakang ketika bekerja lama. Sewaktu rehat pula boleh guna untuk tidur sebentar bagi mendapatkan rehat yang lebih efektif. Siap beg ekslusif lagi. Boleh laa sumbat barang-barang lain sekali nanti. ^^,

Nak order boleh je tekan link ni

http://NakbantalDAG.wasap.my

http://NakbantalDAG.wasap.my

http://NakbantalDAG.wasap.my

Kalau ikut nasihat Rasulullah s.a.w, boleh tidur selama 20 minit sebelum masuk waktu zohor. Tidur siang selama 20 minit atau dipanggil “Qailullah” itu akan membantu tubuh jadi segar dan cergas di malam hari. Tak percaya boleh cuba!

Fadhli Amin


Writer | Engineer | Teacher | Master Leader DAG















Saturday, March 23, 2019

5 barang yang anda tak sedar ada tarikh luput


Setiap kali kita membeli barang makanan seperti roti, susu dan jem pasti kita tidak akan lupa untuk memeriksa tarikh luput barang tersebut. Yelaaa kang makan yang dah expired sakit pulak perut. Tetapi kita jarang sekali memberi perhatian kepada beberapa barang dan peralatan rumah yang juga mempunya tarikh luput sehingga tanpa sedar kita terus menggunakannya tanpa risau akan risiko kesihatan kita.

Ini antara 5 Barang yang anda perlu tahu ada TARIKH LUPUT!!!

1) SIKAT RAMBUT


Sikat rambut sebaiknya dicuci dengan air panas seminggu sekali dan perlu diganti setiap satu tahun. Hati-hati jika anda masih menggunakan sikat yang sama daripada dahulu kerana sikat juga mengumpul pelbagai kuman hasil anda menyikat rambut.


2) PUTING BAYI



Puting jenis getah WAJIB digantikan setiap 5 minggu. Tak kisahlah sama ada ia jarang digunakan atau masih dalam keadaan elok. Puting getah sangat mudah menjadi habitat kepada kuman. Jadi ibu bapa perlu lebih alert untuk kesihatan anak anda.





3) BERUS GIGI



Kebiasaannya kita mungkin hanya menggantikan berus gigi apabila berusnya kelihatan mengembang. Berus gigi sebaiknya diganti setiap 3 bulan atau lebih baik setiap kali selepas anda pulih dari batuk ataupun selsema. Jika tidak masalah yang sama mungkin berulang kerana bakteria yang menjadi punca anda batuk dan selsema tadi sudah melekat pada berus gigi anda.


4) TUALA



Tuala yang lembab dan tidak diurus dengan baik akan menjadi habitat yang sempurna buat kuman dan bakteria. Walaupun anda membasuh tuala secara kerap 2 hari sekali atau  seminggu sekali, masalah bakteria ini masih juga tidak dapat diselesaikan. Oleh itu tuala sebaik-baiknya ditukar setiap 1-3 tahun sekali


5) BANTAL



Bantal yang sudah mencapai umur 2-3 tahun menjadi tempat pembiakan kuman yang sangat baik. Secara tidak langsung ia menjadi antara punca Utama masalah kesihatan anda. Walau semahal mana pun bantal yang anda beli, apabila sudah sampai usia 2-3 tahun, bentuknya sudah pasti akan berubah. Ini juga mungkin menyebabkan masalah kesihatan seperti sakit tengkuk dan tulang belakang



Fadhli Amin
Writer | Engineer | Teacher | Master Leader DAG






Friday, March 22, 2019

NASYID? MASIH ADA PEMINATKAH?



Nama-nama seperti Saujana dan Brothers pastinya adalah nama-nama yang tidak asing lagi bagi peminat nasyid tanah air. Merekalah antara kumpulan nasyid yang telah menaikkan irama nasyid ini pada era 90-an.  Selain daripada rock dan balada, irama nasyid ini juga pernah mencipta fenomena tersendiri dalam arena seni muzik tanah air.

Mendapat permintaan yang tinggi pada masa itu, kumpulan nasyid mula tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Lagu-lagu berunsur nasyid ini bukan sahaja menyejukkan halwa telinga pendengar, bahkan lagu-lagu berunsur ketuhanan init menyemai nila-nilai murnierta mendidik jiwa masyarakat arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

MEREKA INI ANTARA KUMPULAN NASYID YANG PERNAH MENCIPTA FENOMENA DI MALAYSIA

1. Rabbani
Terkenal sebagai kumpulan nasyid yang mempunyai paling ramai anggota iaitu seramai 11 orang. Pergi tak kembali dan intifada antara sebahagian lagu popular kumpuan Rabbani.

Untuk peminat Rabbani, pasti merindu lagu baru Rabbani kan? Tau tak Rabbani dah ada lagu baru bertajuk Ittihad. Lagu ini mula mendapat tempat di corong-corong radio sekarang ni. 

2. Raihan
Populariti Raihan pada era 90-an tidak dapat dinafikan lagi. Populariti kumpulan ini telah melonjakkan nama raihan hingga ke Australia, Amerika Utara , Amerika Syarikat dan Afrika.
Paling menarik, kumpulan ini juga pernah menerima kunjungan hormat Ratu Elizabeth sebelum membuat persembahan pada majlis penutupan sukan Komanwel

3. Hijjaz
Kumpulan ini mula bertapak pada tahun 1997 dan membawa nasyid kontemperori. Kumpulan yang diketuai oleh Munif ini bukan sahaja terkenal di Malaysia malahan mekar mewangi ke negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.

Hijjaz juga banyak melahirkan artis-artis nasyid baru di bawah label Hijjaz Music Entertainment seperti Inteam, UNIC, Ae-man dan Mestica.

Korang ada ke lagu favourite nasyid?

Sekarang ni abam pattah ameen tengah layan satu lagu baru daripadan inteam bertajuk DIA. Hari-hari mesti rasa nak dengar. Jom laa layan. Sambil-sambil baring atas Bedding Set Korea yang baru tu. hehe


Fadhli Amin

Writer | Engineer | Teacher | Brobantal