Tuesday, March 26, 2019

Mengimbau Kenangan Kanak-Kanak Generasi 90-an

Mengimbau kembali kenangan zaman sekolah rendah dulu sangat berbeza berbanding zaman sekarang. Walaupun tanpa tab mahupun smart phone, zaman kanak-kanak dahulu tetap meriah. Ada ke yang rindu zaman 90-an dulu?

Ini antara aktiviti yang abam pattah ameen selalu buat kat sekolah semasa zaman kanak-kanak dulu.

1. Lawan Pemadam



Lawan Pemadam ini antara permainan yang popular zaman sekolah rendah dulu. Siapa yang menang akan rampas pemadam lawan. Abam pattah ameen memang banyak laa stok pemadam ni. Bila ke kedai buku di sekolah, pasti pemadam ini habis dan tiada stok kerana budak-budak sibuk main lawan pemadam ini. Pemadam ini memang sesuai digunakan kerana ia murah dan rata permukaannya. Agaknya, budak zaman sekarang main lagi ke tidak akan permainan nostalgia ini. 


2. Main Tiang


Tak tau laa apa yang best sangat main tiang ni. Tapi kalau waktu rehat je mesti ramai yang conquer tiang-tiang kat sekolah tu nak main game ni. Abam pattah ameen pon join laa sekali. Anak-anak korang tau ke apa tu main tiang?


3. Main penutup botol



Permainan ni pon antara yang legend zaman dulu. Pantang ada waktu senggang kat kelas, mesti nak main penutup botol ni. Ada jugak yang panggil permainan ni ceper. Rajin gile Budak-Budak zaman dulu kumpul penutup botol ni nak buat main. Takyah main benda mahal-mahal, penutup botol pon jadi laa. Barang murah Ni pon laa barang yang kerap cikgu rampas. haha


Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG

0 comments:

Post a Comment