Sunday, March 31, 2019

Mengapa Sukar Memaafkan



"Kata-kata ini ditulis pada 16 October 2013 jam 6.30 pm semasa menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam bidang mechatronic engineering"

"Kata-kata ini lahir dari hati saat dirundung resah, amarah, kecewa dan segala jenis rasa yang membuak-buak"

 "Wahai jiwa yang tenang. Pulanglah kepada Tuhan..."

Hayatilah....

[Mengapa Sukar Memaafkan]

Berat hati menerima maaf,
Egoku dihenyak,
Hatiku dipukul,
Amarahku ditekan,
Mampukah aku untuk memaafkan,
Tika aku punya kuasa untuk membalas.

Terdetik seketika dibenakku,
Aku hanya insan biasa,
Kenapa perlu bersifat murka,
Bukankan itu tugas Tuhan yang Esa.
Sedangkan aku hanya insan berdosa.

Sudah acap kali dia mengulangi kesalahan yang sama,
Menjadi alasan konkrit untuk aku tidak memaafkan,
Bukankah kecil sahaja salahnya padaku,
Sedangkan dosa seluas lautan pun diampun Tuhan,
Ya, cukup sukar untuk memaafkan,
Tapi, Allah?

Ya  Allah,
Rendahkanlah egoku,
Sejukkanlah hatiku,
Leraikanlah amarahku,
Kini, tiada lagi alasan untuk aku tidak memaafkan,
Belajarlah memaafkan untuk turut dimaafkan.

Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG



0 comments:

Post a Comment