Keputusan SPM baru sahaja diumumkan. Dan seperti biasa kita akan dapat lihat pelbagai reaksi masyarakat berkenaan result SPM. Baru je lepas SPM, dah kena jawab pelbagai soalan daripada paparazzi di luar sana. haha
Soalan Paling FEMES mestilah "Dapat Berapa A?"
Kalau dapat straight A senang laa nak jawab. Kalau dah banyak sangat huruf, kita nak jawab pon malas. Jawab je laaa dating ambik result lambat. Semua A orang lain dah ambik. haha
Soalan Kedua Paling susah nak jawab "Nak Sambung Jurusan Apa?"
Dah laaa soalan susah daripada SPM. last sekali dia yang jawabkan. Kalau budak straight mestilaa sambung medical, lawyer, takpun engineer. Padahal dia minat nak jadi ustaz. =P
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada semua pelajar SPM 2018. Walau apa pun keputusan yang anda terima, ingatlah pencapaian akademik itu bukanlah penanda aras kejayaan seseorang itu dalam kehidupan
Ramai juga mereka diluar sana yang bijak pandai dan merupakan graduan daripada universiti-universiti hebat di duna akhirnya menjadi seorang yang mengambil kesempatan, menindas serta tak pernah kisah akan kesusahan orang lain.
Kejayaan sepatutnya di ukur sejauh mana seseorang itu mampu menyumbang kembali kepada masyarakat. Siapa setuju? ^^,
p/s: Siapa yang tak tahu nak buat apa lepas SPM, mai laa jual bantal. Pelbagai background Reseller Das Abdul Global ni. Bermula dari suri rumah, sampai laa yang bekerjaya Doktor, Engineer dan Lawyer.
Fadhli Amin
Writer | Engineer | Teacher | Brobantal

Terbaik..
ReplyDeleteA kita pun sikit. .Masuk poli je layak😁😁😁
ReplyDeleteMantabb
ReplyDeleteTerbaik la boskur
ReplyDeleteKita sikit juga.. Tak semestinya A penuh.. A dlm kehidupan.. Tapi mesti dpt kan A utk kehidupan yang A
ReplyDeleteSetuju..! Ramai je yang berpelajaran tinggi tapi mentaliti terkebelakang
ReplyDeleteteman dulu sampai rumah A tinggal 3..yg A banyak² masa ambik tu tak tau cicir kat mana
ReplyDelete