Untuk kali ini abam pattah ameen nak cerita pengalaman jual kerepek semasa kat UIA dulu. Otak-otak memang jalan. Kerepek pon jalan. Haha
Masa ni buat kecik2 je. Beli laa sepaket 5 kg. Lepas tu kita packing kecik2. Awal2, memang buat sendiri. Penat jugak. Last2 jumpa juga part time nak packing. Ambik dah siap packing je.
Sealer ni wajib ada. Tak beli pon. Pinjam mak kat rumah. Lepas tu tak cukup 1, pergi pau kawan punya yang macam dah tak guna je. So boleh packing 2 orang. Cepat sikit siap. Hehe
Habis packing kita letak je tepi tangga. Biasa jual Rm1 sepaket. Budak2 Universiti ni tak kira masa lapar. Nampak ada kerepek rm1 mesti laku kerass punya.
Tapi biasalaa. Barang letak macam tu je. Sedia tabung. Kadang2 ada yang ambik tak bayar. Ada yang terlupa nak bayar. Ada yang buat2 lupa nak bayar. Hehe.
Start satu block asrama dulu. Lepas tu try semua blok. Sebab tak menang tangan. Upah sorang lagi bahagian operasi tolong kutip duit dan tolong topup kerepek kalau dah kosong.
Next tambah jajahan ke asrama lain pulak. Mengenang kisah zaman ni, tak laa untg banyak. Tapi alhamdulillah laa, dapat duit poket tambahan.
Rindu pulak zaman tu. Hihi. Ada yang sama pengalaman ke?
Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG


Zaman U kite tak meniaga.. huhu
ReplyDelete