Ini 5 makanan kelantan yang abam pattah ameen tak boleh lupa dan wajib makan bila dah sampai kelantan ni.
1. Laksam Kelantan
Laksam atau lakse ini adalah antara makanan terkenal di kelantan. Laksam diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Bila balik kelantan ni teringat laksam air tangan tokma. Yummy😋
2. Ayam percik kelantan
Ayam Percik Kelantan memang punya reputasinya yang tersendiri kerana berbeza daripada negeri lain. rasa makanan ini pula sangat lazat dan menyelerakan. Ayam percik kelantan ini boleh dipilih dalam 2 versi. Satu kuab berwarna putih dan satu lagi kuah bewarna kemerahan. Boleh laa pilih warna yang anda suka. Bazar Ramadan nanti komfirm penuh ayam percik ni.
Nasi kerabu memang sinonim dengan negeri cik siti wan kembang ini. Kalau datang kelantan wajib cuba nasi kerabu kelantan.Nasi kerabu ni best kalau makan dengan daging bakar atau ayam bakar Abam pattah ameen suka nasi kerabu daging bakar yang lat Kadok tu. Kalau lambat je memang selamat laa beratur panjang.
4. Putu Halba
Putu halba ubi kayu ini mungkin jarang didengari oleh sesetengah golongan tetapi makanan ini sangat terkenal di negeri Kelantan terutamanya pada musim hujan. Masuk sahaja musim banjir, satu menu paling terkenal adalah makanan ini. Di mana-mana sahaja terutama di tepi jalan wujud kedai putu halba segera. Abam pattah ameen pon baru beberapa kali je makan. Tu pon orang lain yang mengidam, kita yang terjebak kena beratur. Haha
5. Gulai Kambing
Rasa kalau balik kelantan mesti tiap-tiap hari makan gulai kambing. Rasa sedap hingga tertambah 2-3 kali nasi. Haha.
sape-sape yang singgah pasir mas kelantan mai laa singgah kedai ni. Kari kambing dia memang perggghhhh. Kalau nak makan free, roger2 laaa. Nanti mai je rumah. Abam pattah ameen tiap2 hari makan free je sebab ni kedai mertua abam pattah ameen. Haha
Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG






Laksam cik b pertama kali akk rasa n terus jatuh suka ngn laksam..hihi
ReplyDeleteWuuuuu.. dapnya
DeleteWah.. nok gi la kedai abe mie.����
ReplyDeleteMari laa jaley kakyah. Haha
Delete