Tuesday, April 2, 2019

PERISTIWA HITAM: PARANG DIACU DILEHER


Selalu hanya dengar di radio dan kaca tv sahaja kejadian yang mengerikan seperti ini. Siapa sangka menimpa keluarga sendiri. Pada masa ini semua ahli keluarga ada dirumah kecuali saya.

Kejadian ini diceritakan kembali oleh ahli keluarga. Pada masa itu sudah jam 4 pagi. Tiba-tiba umi dan ayah terdengar bunyi letupan kuat menghentam pintu. Lalu 2 orang lelaki bersenjata parang panjang masuk ke dalam bilik tidur umi dan ayah.

Kemudian perompak pergi ke bilik kakak sulung dan abg ipar di depan. Masa ini kakak tengah sarat mengandung anak pertama. Kakak kedua pula bersendirian di bilik. Kesemua mereka diacukan parang panjang. Diikat tangan dan ditutup mata.
Hanya bilik saya sahaja yang tidak dimasuki kerana tiada berpenghuni. Walaupun sebenarnya ada beberapa ratus wang simpanan di bilik.


Mereka kemudian dikumpulkan di dalam satu bilik dan diminta memberi semua wang, barang kemas dan harta beharga. Pada saat ini nyawa pastinya lebih berharga berbanding harta.

Kerugian pastinya mencecah ribuan ringgit. Tapi alhamdulillah semua keluarga saya selamat. Inilah ujian dari Allah untuk hamba yang dikasihiNya.

Pastinya ini antara peristiwa hitam yang tidak dapat dilupakan dan menjadi trauma buat semua yang terlobat.

Semoga Allah lindungi dan pelihara kita dariada anasir-anasir jahat.
Allahumma ameen


Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG


0 comments:

Post a Comment