Monday, April 1, 2019

RUGI TAK CUBA MAKANAN KELANTAN NI TAU

Kelantan ni dah boleh dianggap sebagai salah satu syurga makanan. Banyak makanan unik, sedap dan murah-murah je.
Ini 5 makanan kelantan yang abam pattah ameen tak boleh lupa dan wajib makan bila dah sampai kelantan ni.


1. Laksam Kelantan

Laksam atau lakse ini adalah antara  makanan terkenal di kelantan. Laksam diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Bila balik kelantan ni teringat laksam air tangan tokma. Yummy😋


2. Ayam percik kelantan

Ayam Percik Kelantan memang punya reputasinya yang tersendiri kerana berbeza daripada negeri lain. rasa makanan ini pula sangat lazat dan menyelerakan. Ayam percik kelantan ini boleh dipilih dalam 2 versi. Satu kuab berwarna putih dan satu lagi kuah bewarna kemerahan. Boleh laa pilih warna yang anda suka. Bazar Ramadan nanti komfirm penuh ayam percik ni.


3. Nasi Kerabu Daging Bakar

Nasi kerabu memang sinonim dengan negeri cik siti wan kembang ini. Kalau datang kelantan wajib cuba nasi kerabu kelantan.Nasi kerabu ni best kalau makan dengan daging bakar atau ayam bakar  Abam pattah ameen suka nasi kerabu daging bakar yang lat Kadok tu. Kalau lambat je memang selamat laa beratur panjang.


4. Putu Halba

Putu halba ubi kayu ini mungkin jarang didengari oleh sesetengah golongan tetapi makanan ini sangat terkenal di negeri Kelantan terutamanya pada musim hujan. Masuk sahaja musim banjir, satu menu paling terkenal adalah makanan ini. Di mana-mana sahaja terutama di tepi jalan wujud kedai putu halba segera. Abam pattah ameen pon baru beberapa kali je makan. Tu pon orang lain yang mengidam, kita yang terjebak kena beratur. Haha



5. Gulai Kambing 

Rasa kalau balik kelantan mesti tiap-tiap hari makan gulai kambing. Rasa sedap hingga tertambah 2-3 kali nasi. Haha.


sape-sape yang singgah pasir mas kelantan mai laa singgah kedai ni. Kari kambing dia memang perggghhhh. Kalau nak makan free, roger2 laaa. Nanti mai je rumah. Abam pattah ameen tiap2 hari makan free je sebab ni kedai mertua abam pattah ameen. Haha


Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG


4 comments: