Bila musim gaji ni mula laa kita nak beli pelbagai benda. Sedangkan kita lupa nak bahagikan gaji kita kepada perkara yang WAJIB untuk kita tunaikan.
Antara yang mesti masuk dalam list pembahagian gaji kita adalah bayar hutang, bil2 rumah, duit poket isteri dan mak ayah, simpanan masa depan dan sedekah.
Biasanya yang lain-lain ni kita ingat nak buat. Tapi yang satu ni liat betul nak selesaikan.
#HUTANG
Hutang ni WAJIB letak no satu untuk kita selesaikan. Lepas dapat gaji kena allocate sikit untuk hutang yang kita ada. Bayar laa sikit2. Lama2 selesai laa. Tak perlu bayar semua. Yang penting bayar. Ni tak, ramai pulak yang buat buat hilang ingatan bila benda berkaitan hutang.
Jangan nanti kata duit cukup2 makan je. Tak cukup nak bayar hutang. Rupa-rupanya asbab tak selesaikan hutang ni laa rezeki kita makin sempit. Sebab tak bayar hutang ni kita rasa tak cukup. Mula laa nak buat hutang baru.
Jangan ambik remeh bila berhutang dengan orang. Jangan Rasa belum cukup duit nak bayar. Perlu ada inisiatif nak tambah pendapatan lain. Hati memang tak akan tenang selagi ada hutang.
Bila kita berhutang ni, kita dah aniaya orang lain. Orang tu mungkin terdesak nak pakai duit jugak. Kita pulak asyik tangguh je nak bayar. Buat diam je. Si pemiutang pulak terhegeh hegeh nak kena mintak.
Lagi nak marah orang yang seronok shopping sana sini untuk family. Pergi makan besar. Pergi melancong dengan kawan-kawan. Padahal hutang masih bertimbun.
Ingat, doa orang yang dianiaya ni makbul. Kalau dia tak sengaja doa kau bankrap macam mana? Nauzubillah.
Malam nanti sebelum tidur, cuba muhasabah diri. List balik senarai orang yang kita pernah hutang. Buat plan macam mana nak selesaikan hutang dia. Kita tak tahu mungkin esok lusa Allah cabut nyawa kita. Sedangkan kita masih penuh dengan hutang.
Semoga Allah jauhkan kita dari sifat ini.
Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG

Kite takde gaji mcm mn ni abam patah ameen
ReplyDeleteJual bantal tak ambik gaji ke? Hehe
ReplyDeleteTerbaikk
ReplyDeleteKalau bantal terjual hari2.. hari2 dapat gaji.. hihihi
ReplyDelete