Saturday, March 16, 2019

Evolusi Das Abdul Global



Alhamdulillah, tahun 2019 ini merupakan tahun ketiga saya bersama dengan team Das Abdul Global. Selama tiga tahun Bersama DAG, pelbagai perubahan dan evolusi yang saya lihat dari kaca mata saya sendiri.

Apa yang seronoknya dalam DAG ini, Tuan Das Abdul sentiasa topup kami dengan ilmu. Setiap kali coaching juga pastinya ada evolusi dan upgrade dari coaching yang sebelumnya. Kali ini saya nak throwback coaching dari tuan Das Abdul dari tahun 2017-2019

2017

Ini antara coaching yang terawal Bersama tuan Das Abdul. Masa ni baru nak start sistem baru. Kali pertama juga bertemu dan berbicang serta berkongsi idea bersama dengan reseller-reseller lain daripada seluruh Malaysia tentang pelaksanaan sistem baru DAG. Tuan Das banyak juga berkongsi tips closing customer. Coaching ini diadakan di HQ DAG di semenyih dan tak sampai satu hari pun. 

Kalau korang nak tahu, baju putih yang saya pakai tu legend, masa ni besar lagi baju tu dari tuan badan. Selain evolusi DAG, gambar ini juga menunjukkan evolusi manusia. haha


2018

Tahun 2018 adalah kali pertama Inner Circle Gathering (ICG) Master Leader DAG dianjurkan. Masa tu rancang masa tu jugak Team DAG cari tempat nak buat ICG ni. Dapatlah sebuah resort di Janda Baik. Walaupun selalu lalu highway karak, ini kali pertama jejak kaki ke Janda Baik. Tapi yang peliknya masa kat sana tak jumpa langsung Janda. haha



Jika kali pertama coaching hanya di HQ, kali ni perubahan suasana memberi kelainan dalam coaching ini. ICG kali ini menekankan tentang pentingnya guru yang betul dan banyak menyelami hati dan masalah yang di alami Master Leader DAG dan juga reseller-reseller mereka.

Seronok  bila sekali sekala dapat keluar dari kesibukkan kota, dapat beraktiviti bersama keluarga. Coaching kali ini juga masih mengekalkan kami bertiga sebagai lelaki melayu terakhir. Dan yang pastinya baju putih itu masih di situ tapi mula nak tercabut dah butang-butang. haha


2019


ICG 2019 memang betul-betul luarbiasa auranya. Dengan tempat yang betul-betul eksklusif. Slot-slot serta ilmu-ilmu yang mahal menjadikan ICG kali ini berbeza dari yang sebelumnya. Peserta kali ini juga makin bertambah dan menjadikan lebih banyak lagi input dan sharing yang kami dapat guna dan aplikasikan. Memang rugi siapa yang tak dapat hadir

Mesti ada yang cari baju putih tu kan? Untuk coaching kali ni dah tak dapat pakai baju putih tu. Kalau sarung jugak, rasanya boleh jadi incredible hulk terkoyak koyak baju. haha. Alhamdulillah, Master Leader juga semakin ramai dan lebih ramai lelaki berbanding sebelum ini. Mungkin andalah Master Leader DAG seterusnya.

Tak sabar nak tunggu coaching seterusnya. dengar kata kat angkasa lepas pulak lepas ni. nantikan. ^^,


Fadhli Amin

Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG





2 comments: