Monday, March 25, 2019

7 RAHSIA KENAPA ORANG TAK BOLEH HIDUP TANPA BANTAL BUSUK

Fizikalnya buruk, busuk pula tu. Namun, bagi sesetengah kanak-kanak (mahupun remaja ataupun dewasa), bantal ini memang teman setia mereka sejak kecil. Korang ada bantal busuk tak?

Objek ini memang tidak dapat dipisahkan kalau sejak kecil dah terbiasa dengan bantal busuk ini. Memang sukar dipisahkan! Pasti akan dibawa ke mana sahaja.

Bantal busuk ini bukan sekadar bantal, malah berbentuk anak patung ataupun kain. Kalau hilang, memang tak boleh tidur malam. Merengek sebab tak dapat peneman tidur. Bau dan rupa bantal tersebut membuatkan mereka selesa menjadikannya sebagai peneman tidur.

Tambahan lagi buat kanak-kanak, mereka akan terdedah kepada kuman dan bakteria akibat daripada tabiat memeluk dan mencium bantal yang tidak dicuci. Ini akan menyebabkan kanak-kanak akan sering jatuh sakit.

Tapi, awas! Kalau tak dipisahkan bantal busuk ini dengan pemiliknya sejak awal, bimbang akan terbawa-bawa hingga meningkat remaja dan dewasa. Memiliki bantal busuk ini bukan atas faktor genetik, cuma tabiat biasa dari kecil. Jadi, bukanlah masalah yang terlalu besar untuk kita memisahkan diri daripada bantal busuk ini.

Nak tahu kenapa bantal busuk ini sangat penting buat seseorang? Baca 7 fakta ini. Semoga anda lebih memahami mengapa seseorang amat sayangkan bantal busuknya.

#Fakta1

Bantal busuk ini hanya ‘busuk’ pada orang lain, tapi amat menyenangkan pada si tuan empunya bantal tu.

#Fakta2

Bantal busuk ni ada pelbagai saiz dan warna, tapi lama-kelamaan akan mengecut dan menipis juga. Warna pun lebih kurang sama saja kusamnya. Hehehe...

#Fakta3

Bantal tu tak dicuci ataupun jarang dibersihkan. Bau tu yang penting bagi pemilik bantal busuk. Tapi ada juga yang cuci bantal busuk tu. Janji nampak rupa bantal tu. Kalau yang tahap lejen tu, memang tak cucilah. Bau dia? Usah ceritalah...menyengat!

#Fakta4

Tuan empunya bantal tu susah nak tidur kalau tak ada bantal busuk. Ibarat ‘baby’ tak dapat susu sebelum tidur.

#Fakta5

Kalau nak tengok tuan empunya bantal busuk tu mengamuk sakan, cubalah sorok atau pakai bantal busuk dia tu. Mahu dia menangis kat bucu katil!

#Fakta6

Kalau bercuti atau balik kampung, wajib bawa sama bantal busuk tu. Kalau tertinggal, sanggup patah balik walau dah lalu banyak tol.

#Fakta7

Katakanlah bantal tu tertinggal, boleh tahan sehari dua je. Lepas tu, dia mulalah tak senang duduk. Serba-serbi tak kena, asyik terkenang bantal busuk.

Tetapi AWAS. Bantal busuk yang lama tidak ditukar mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang boleh memudaratkan diri anda. 

Jadi untuk memastikan diri anda sihat dan jauh daripada penyakit yang memudaratkan, pastikan anda menukar bantal anda sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. 

Tau tau nak pilih bantal apa? Jom la try bantal Hotel DAG😉



Artikel oleh: GPS Bestari

Fadhli Amin

Writer | Engineer | Teacher | Master Leader DAG

1 comment: