Sunday, March 17, 2019


Hari ini abam pattah ameensempat ke kelas Parenting. Tak sangka pula bayi juga punya bahasa yang boleh kita fahami.Yang kita tau kalua bayi lapar, mengantuk, berak, tak selesa semua dia akan menangis. Tetapi rupa-rupanya setiap tangisan bayi itu ada perbezaannya tau.

Priscilla Dustan seorang penyanyi orchestra secara tidak sengaja telah menemui cara untuk memahami Bahasa bayi ini. Keistimewaan serta kemampuannya untuk mengingati suara atau istilahnya sound photograph membolehkan Priscilla Dunstan cuba untuk memahami tangisan anaknya Tom. Apabila diteliti, ada perbezaan dalam setiap tangisan anaknya dengan kehendak bayi itu sendiri. Priscilla Dustan cuba untuk memerhati pola tangisan anaknya Tom.

Kemudian, Priscilla Dustan ke seluruh duniauntuk meneliti lebih daripada 1000 tangisan bayi. Akhirnya dia dapat menyimpulkan ada 5 bahasa bayi yang biasa digunakan untuk berkomunikasi dengan orang dewasa. Apa 5 Bahasa itu?

1.NEH
Jika bayi anda menangis dengan berbunyi NEH, ini bermakna dia sedang lapar. Anda juga boleh melihat lidah bayi anda ke arah lelangit.

2.EH
Jika bayi anda menangis dengan berbunyi EH, ini bermakna dia ingin bersendawa. Biasanya selepas minum susu sehingga kenyang, bayi anda akan mengeluarkan bunyi EH ini.

3.OWH
Jika bayi anda menangis dengan berbunyi OWH, ini bermakna dia sangat mengantuk dan ingin tidur. 
Bahasa ini dapat dikenalpasti melalui mulut bayi yang berbentuk O.

4.HEH
Jika bayi anda menangis dengan berbunyi HEH, ini bermakna dia berasa tidak selesa. Mungkin pampersnya sudah penuh atau dia sudah boring dengan posisi baring di atas katil.

5.EAIRH
Jika bayi anda menangis dengan berbunyi EAIRH, ini bermakna dia sedang mengalami kembung perut.Tangisan bayi anda juga mungki sedikit high pitch dan mukanya dalam keadaan merah.


Anda ada bayi di rumah dan merasakan tiada perbezaan dalam setiap tangisan mereka? Cuba dengar sekali lagi dengan teliti dan cuba bezakan setiap tangisan bayi anda dengan kehendaknya.

Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG





5 comments:

  1. Wow! Tak pernah tau pun, tangisan baby ada beza2..

    ReplyDelete
  2. Wow.. .terbaik bakal ayah punya perkongsian..

    ReplyDelete
  3. Anak dah 3 pn kadang2 x paham2 lagi bab tangisan bayi ni 🤣

    ReplyDelete
  4. Amin..akak ada anak 4 tak perasan pun.setiap kali kena teka knp menangis..haha. nti nk try dgr darlene nangis bunyi mana

    ReplyDelete