Friday, March 15, 2019

Semoga Syurga Buatmu


Hari jumaat penuh barokah ini menerima berita yang sangat menggemparkan yang menimpa saudara kita di New Zealand. Insiden tembakan rambang di dua masjid iaitu masjid Al noor dan Masjid Linwood ini telah meragut sebilangan nyawa manusia yang tidak bersalah.

Ini bukan sahaja mengenai Islam. Ini mengenai kemanusiaan. Paling tidak masuk akal bagaimana manusia sanggup membunuh mangsanya sambil berlive streaming

Sedang kita duduk dalam keadaan aman, saudara kita dibunuh tanpa belas kasihan. Ini bukan sahaja berlaku di New Zealand. Malah saudara saudara kita di Palestin, Myanmar dan banyak lagi terus ditindas dan dianiaya

Serangan kali ini merupakan yang terburuk dalam sejarah New Zealand apabila dikhabarkan 40 orang terbunuh manakala 20 lagi cedera. Serangan ngeri sebelum ini pernah berlaku pada 1990 apabila seorang lelaki menembak mati 13 orang.

Marilah sama-sama kita berdoa agar mangsa yang terlibat dikurniakan syahid.
Syurga menantimu para mujahid.

Fadhli Amin

Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG

3 comments: