Wednesday, March 13, 2019

Kau Si Penarik Beca Usang



Alhamdullillah pada 8 sehingga 10 Mac yang lalu diberi peluang untuk bersama Master Leader Das Abdul Gloal di Inner Circle Gathering (ICG) Master Leader DAG 2019. Perjalanan ke Melaka untuk ICG kali ini memberi impak yang sangat berbeza daripada sebelum ini. Antara aktiviti yang memberi impak besar dalam diri ini adalah aktiviti menaiki beca.

Melaka bandaraya bersejarah ini pastinya sangat popular dengan beca. Bila diberi task untuk menaiki beca, dalam hati sudah tergambar beca-beca berwarna warni dengan kartun-kartun popular zaman kini bagi memikat hati si anak kecil. Anak mana yang tak terpikat dengan hero-hero pujaan mereka. Boboiboy ada, spiderman ada, hello kitty pun ada. Bukan anak-anak je excited, mak bapak pun berebut-rebut nak pilih beca yang menarik perhatian mereka. Haha

Di dalam lautan beca yang berwarna warni ini, terselit kelibat lelaki tua bersama becanya yang sudah usang di suatu penjuru jauh daripada kesesakan orang ramai. Susuk tubuh tua ini kami dekati. Umurnya sudah menjangkau 70-an. Dia sudah mengayuh beca selama puluhan tahun. Kini badannya sudah tiada daya dan kudrat lagi untuk meneruskan kerjaya sebagai penarik beca. Atas faktor kesihatan dan umurnya yang sudah lanjut, dia hanya menunggu di suatu sudut bersama beca usangnya mengharapkan belas dan ikhsan daripada masyarakat. Inilah yang hanya mampu dilakukanya bersama beca usangnya bagi mencari sesuap rezeki.


Kesimpulan:

MASA
Masa tidak pernah menunggu kita. Mungkin sekarang kita masih muda, masih bertenaga, masih punya kudrat dan kesihatan. Tetapi di masa akan datang tiada siapa yang tahu. Semua ini hanyalah pinjaman Allah. Bagaimana pula cara kita memanfaatkan setiap nikmat yang Allah beri. Gunakanlah sebaik-baiknya masa dan peluang yang terhidang di depan mata untuk manfaat masa akan datang.

BIG WHY
Keluarga pastinya merupakan salah satu big why kita untuk lebih Berjaya dalam hidup. Sanggupkah kita melihat susuk tubuh tua ibu bapa kita sendiri duduk di tepi tepi jalan mencari rezeki untuk sesuap nasi? Sanggupkah kita biarkan susuk tubuh tua ibu bapa kita terus bekerja hingga akhir usia mereka?
Sedangkan kita punya kudrat yang lebih untuk memastikan kehidupan kedua mereka dalam keadaan selesa.

JANGAN TAKUT UNTUK BERUBAH
Teknologi berubah begitu pantas. Kita perlu sentiasa pantas mengikuti peredaran zaman bagi memastikan kita berada setapak di hadapan pesaing kita. Jika anda takut untuk berubah, anda mungkin menjadi the next KODAK



Fadhli Amin
Writer | Engineer | Teacher | Brobantal










7 comments: