
Kisah makcik karipap ni memang popular kat mana-mana asrama pon. Termasuk laa asrama abam pattah ameen. Bagi yang lemah semangat, boleh laa berhenti baca sampai kat sini. hehe
Kisah ni berlaku semasa abam pattah ameen form 3. Masa ni duduk tingkat paling atas. Biasa laa budak-budak. Malam-malam sembang dengan kawan-kawan sampai pagi. Lagi-lagi kalau esok tu cuti, memang story mory laa sampai pagi.
Dorm ni ada pintu depan belakang, macam kelas kat sekolah tu. Biasa kitaorang lepak kat katil tengah. Tengah syok menyembang ni, tiba-tiba pintu depan dorm diketuk. Semua yang syok berborak santai tadi terus senyap. Macam ada malaikat lalu pulak kata orang.
Eh. jam dah pagi ni. Siapa pulak nak mai ketuk pintu dorm pagi-pagi macam ni. Gulp. Pintu depan diketuk sekali lagi. haizz. meremang pulak bulu roma ni. Tak pernah pernah lagi macam ni.
Selepas 2 kali pintu depan dorm diketuk, tiba-tiba keadaan teruss senyap. Tiada lagi bunyi ketukan pintu.
Abam pattah ameen yang acah-acah berani ni, terus pergi ke pintu belakang dorm berseorangan. Konon nak intai laa apa yang ada kat depan. Geng2 lain yang dok menyembang tadi ada yang ke pintu depan dorm. Perlahan-lahan abam pattah ameen berjalan ke pintu belakang dorm.
Tangan pon memusingkan tombol pintu dan pintu dibuka perlahan lahan. Abam pattah ameen menjenguk keluar pintu. Tak Nampak apa-apa pulak kat luar pintu belakang dan pintu depan. Tiba-tiba zappppppppppppppppppppp…
Kaki abam pattah ameen dilibas rotan oleh ustaz yang masuk ikut pintu depan tadi. alahaiii.. kita syok skodeng ikut pintu belakang, rupanya ustaz dah masuk ikut pintu depan yang kawan abam pattah ameen bukak tadi. sape suruh tido lambat. kan dah kena sedassss rotan daripada ustaz. haha
sejak daripada hari itu, abam pattah ameen tidak lagi membuka pintu dorm kalau diketuk. sekian cerita seram di asrama.
Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG
Hahaha jiran mmg sehati sejiwa kan. Sini keria, sana karipap 🙊
ReplyDeleteJiran masih bersedih tak dapat keria
DeleteBanyak cite seram kat hostel dulu2
ReplyDeleteSuspen je baca.. 🤣🤣
ReplyDelete