Friday, March 22, 2019

NASYID? MASIH ADA PEMINATKAH?



Nama-nama seperti Saujana dan Brothers pastinya adalah nama-nama yang tidak asing lagi bagi peminat nasyid tanah air. Merekalah antara kumpulan nasyid yang telah menaikkan irama nasyid ini pada era 90-an.  Selain daripada rock dan balada, irama nasyid ini juga pernah mencipta fenomena tersendiri dalam arena seni muzik tanah air.

Mendapat permintaan yang tinggi pada masa itu, kumpulan nasyid mula tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Lagu-lagu berunsur nasyid ini bukan sahaja menyejukkan halwa telinga pendengar, bahkan lagu-lagu berunsur ketuhanan init menyemai nila-nilai murnierta mendidik jiwa masyarakat arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

MEREKA INI ANTARA KUMPULAN NASYID YANG PERNAH MENCIPTA FENOMENA DI MALAYSIA

1. Rabbani
Terkenal sebagai kumpulan nasyid yang mempunyai paling ramai anggota iaitu seramai 11 orang. Pergi tak kembali dan intifada antara sebahagian lagu popular kumpuan Rabbani.

Untuk peminat Rabbani, pasti merindu lagu baru Rabbani kan? Tau tak Rabbani dah ada lagu baru bertajuk Ittihad. Lagu ini mula mendapat tempat di corong-corong radio sekarang ni. 

2. Raihan
Populariti Raihan pada era 90-an tidak dapat dinafikan lagi. Populariti kumpulan ini telah melonjakkan nama raihan hingga ke Australia, Amerika Utara , Amerika Syarikat dan Afrika.
Paling menarik, kumpulan ini juga pernah menerima kunjungan hormat Ratu Elizabeth sebelum membuat persembahan pada majlis penutupan sukan Komanwel

3. Hijjaz
Kumpulan ini mula bertapak pada tahun 1997 dan membawa nasyid kontemperori. Kumpulan yang diketuai oleh Munif ini bukan sahaja terkenal di Malaysia malahan mekar mewangi ke negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.

Hijjaz juga banyak melahirkan artis-artis nasyid baru di bawah label Hijjaz Music Entertainment seperti Inteam, UNIC, Ae-man dan Mestica.

Korang ada ke lagu favourite nasyid?

Sekarang ni abam pattah ameen tengah layan satu lagu baru daripadan inteam bertajuk DIA. Hari-hari mesti rasa nak dengar. Jom laa layan. Sambil-sambil baring atas Bedding Set Korea yang baru tu. hehe


Fadhli Amin

Writer | Engineer | Teacher | Brobantal




2 comments:

  1. Tau lagu nasyid lepaa masuk asrama. Suka naw dorang suh nyanyi ni.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ..mainan di bibir je lagu2 raihan. .Kawan saya bekerja dgn mereka sebagai sound engineer. .Dan sgt kagun dgn mereka.. Jika nak buat show di london mereka sgt mudah berurusan.. Nama raihan bukan nama asing lagi di sana. . Kagum smpai sekarang mereka active di luar negara... Lagu raihan ft hujan lagu kegemaran juga haha

    ReplyDelete