Fuhhhh. Panas hari ni tengok perbincangan analisis TV alHijarah. Memang satu topik yang sangat menarik untuk dibincangkan.
Banyak dah dengar cerita pasal scammer ni. Termasuk laa skim2 Cepat kaya yang too good to be truth. Anda pernah terjebak?
Makin lama, scammers ini semakin bijak dalam merancang modus operandi untuk menipu pengguna. Jutaan terima kasih kepada pejuang-pejuang anti scam macam KEY dan Tuan Afyan Mat Rawi yang banyak menyedarkan masyarakat untuk lebih berhati hati dengan scammers ini.
Zaman belajar dulu abam pattah ameen pon ada terjebak dengan satu skim. Nama dia Score A. Haha. Memang modus operandi dia untuk cari pelajar-pelajar Universiti untuk kaut keuntungan. Lepas tu hilang sekelip mata. Orang yang dah join pon kelabu asap je mata.
Next hampir terjoin skim emas. Masa tu dah lock nak labur 10K. Tiba-tiba cancel sbb nak kena guna duit buat benda lain. Tapi tengok kawan2 lain yang dah "terlabur" dalam skim emas ni beribu ribu. Akhirnya sampai sekarang tak dapat ganti rugi. Bukan je untung tak dapat. Emas yang dibeli pon tak tau simpan kat mana.
Ada jugak scam yang guna nama tempat suci mekah. Kononnya kita melabur di hotel di mekah. Tapi lokasinya di mana pon kita tak tahu. Sangat-sangat meragukan.
Kes Alfafa ni pon dah berlanjutan dari tahun ke tahun. Sampai sekarang tiada kesudahan. Tiada bukti rumah sudah siap. Lokasi tanah pon dirahsiakan. Terlalu meragukan.
Tiada niat kita nak menabur fitnah. Tapi sebagai pengguna, bijaklah berfikir sebelum bertindak. Tinggalkanlah perkara yang meragukan sebelum anda jadi mangsa seterusnya.
Last sekali diserang scammer, kita scam dia balik. Haha. Post kali ini ditutup dengan ulang tayang kisah scammer discam. Semoga terhibur. LOL
Fadhli Amin
Writter| Engineer | Teacher | Master Leader DAG










Alahh terlepas tgk analisis td
ReplyDeleteKitorang pun pernah terjebak. Mula2 okay, kali kedua sangkut. Yg melabur hotel di Mekah tu ada member ajak join jugak, tapi memang terfikir tu scam je
ReplyDelete