Setiap kali kita membeli barang makanan seperti roti, susu dan jem pasti kita tidak akan lupa untuk memeriksa tarikh luput barang tersebut. Yelaaa kang makan yang dah expired sakit pulak perut. Tetapi kita jarang sekali memberi perhatian kepada beberapa barang dan peralatan rumah yang juga mempunya tarikh luput sehingga tanpa sedar kita terus menggunakannya tanpa risau akan risiko kesihatan kita.
Ini antara 5 Barang yang anda perlu tahu ada TARIKH LUPUT!!!
1) SIKAT RAMBUT
Sikat rambut sebaiknya dicuci dengan air panas seminggu sekali dan perlu diganti setiap satu tahun. Hati-hati jika anda masih menggunakan sikat yang sama daripada dahulu kerana sikat juga mengumpul pelbagai kuman hasil anda menyikat rambut.
2) PUTING BAYI
Puting jenis getah WAJIB digantikan setiap 5 minggu. Tak kisahlah sama ada ia jarang digunakan atau masih dalam keadaan elok. Puting getah sangat mudah menjadi habitat kepada kuman. Jadi ibu bapa perlu lebih alert untuk kesihatan anak anda.
3) BERUS GIGI
Kebiasaannya kita mungkin hanya menggantikan berus gigi apabila berusnya kelihatan mengembang. Berus gigi sebaiknya diganti setiap 3 bulan atau lebih baik setiap kali selepas anda pulih dari batuk ataupun selsema. Jika tidak masalah yang sama mungkin berulang kerana bakteria yang menjadi punca anda batuk dan selsema tadi sudah melekat pada berus gigi anda.
4) TUALA
Tuala yang lembab dan tidak diurus dengan baik akan menjadi habitat yang sempurna buat kuman dan bakteria. Walaupun anda membasuh tuala secara kerap 2 hari sekali atau seminggu sekali, masalah bakteria ini masih juga tidak dapat diselesaikan. Oleh itu tuala sebaik-baiknya ditukar setiap 1-3 tahun sekali
5) BANTAL
Bantal yang sudah mencapai umur 2-3 tahun menjadi tempat pembiakan kuman yang sangat baik. Secara tidak langsung ia menjadi antara punca Utama masalah kesihatan anda. Walau semahal mana pun bantal yang anda beli, apabila sudah sampai usia 2-3 tahun, bentuknya sudah pasti akan berubah. Ini juga mungkin menyebabkan masalah kesihatan seperti sakit tengkuk dan tulang belakang
Fadhli Amin
Writer | Engineer | Teacher | Master Leader DAG





Good info.. 😊
ReplyDelete